Saturday, October 14, 2017

BERKAWAN

BERKAWAN. Satu perkataan yang mudah disebut, senang dilakukan, namun sukar untuk sesetengah orang yang inginkan keikhlasan dalam berkawan. Same like me. Bila aku nak berkawan, aku nakkan keikhlasan antara orang tu dan juga diri aku sendiri. Tapi, kalau orang jenis macam aku ni, dengan sesiapa pun aku okay. Meaning to say, friendly. Bila aku berkawan, aku akan nilai dari segi 3 aspek which is tingkah laku, bahasa dan adab. About religion, gender, age and so on tu aku tak berapa kesah sebab bukan itu yang aku tengok.

Yes, jujur aku katakan yang aku ada ramai kawan. Bukan nak berlagak, tapi memang itu lah kenyataannya. Dah cakap tadi friendly, of course dengan sesiapa pun aku akan berkawan so that’s why kawan tu pun makin bertambah. Aku ada bermacam jenis kawan. Ada yang suka makan maggi, ada yang suka makan ayam, ada yang suka makan daging, ada yang suka makan roti, ada yang suka makan nasi dan ada juga yang suka makan kawan sendiri. Yang mana faham maksud aku, terima kasih bebanyak.

Bab kena maki oleh kawan sendiri, kena tipu oleh kawan sendiri, kena hina oleh kawan sendiri, kena fitnah oleh kawan sendiri, kena caci oleh kawan sendiri tu semua aku dah banyak kali alami. Aku rasa bukan aku sorang je yang pernah, kau orang pun mesti pernah kan? Yang belum pernah rasa lagi tu, aku salute kawan kau tu sebab keikhlasan dia nak berkawan tu ada. Oh ya, cakap pasal keikhlasan ni, nak bagitahu lah yang zaman sekarang ni tahu cakap tapi hakikatnya benda yang dikatakan tu tak ada langsung. Nak contoh? K ada sorang kawan ni dia cakap dia ikhlas nak berkawan, but actually dia ikhlas nak harta benda kau je tu. Tapi, bukan semua orang camtu tau. So, better hati-hati sebelum kena.

Aku okay, bila kawan nak maki aku. Aku okay, bila kawan nak fitnah aku. Aku okay, bila kawan nak kecam aku. Aku okay, bila kawan nak carut aku. Aku okay, bila kawan nak hina aku. Tapi aku tak okay, bila kawan nak memburukkan family aku. Aku tak okay, bila ada kawan lain cakap bukan-bukan pasal kawan aku sendiri. Bukan nak cakap aku ni jenis yang suka back up kawan. Bukan nak cakap aku ni jenis yang pentingkan kawan berbanding diri sendiri. Bukan nak cakap aku ni jenis yang menjaga hati kawan. Bukan jugak nak cakap aku ni jenis yang tunduk dengan kawan. Tapi ini lah aku. Ini lah perangai aku. Ini lah tingkah laku aku. Ini lah gaya aku. Ini lah diri aku. Terima kasih yang sudi berkawan, terima kasih yang masih bertahan, terima kasih juga yang sudah pergi menjauh sebab alasan tertentu yang entah aku boleh terima atau tidak.

Dari umur aku 3 tahun setengah sampai lah umur aku dah semakin meningkat sekarang ni, aku jumpa dengan orang yang berlainan. Berlainan dari pelbagai segi. Ada yang lain perangainya, ada yang lain latar belakangnya, ada yang lain adabnya, ada yang lain bahasanya dan bermacam lagi lah. Susah untuk aku gambarkan setiap jenis perangai kawan aku kecuali kawan yang dah bertahun lamanya bersama dengan aku. Kadang, aku terfikir yang aku ni bagus sangat ke sampai semua nak berkawan dengan aku? Aku ni hebat sangat ke sampai orang yang aku tak pernah kenal pun tetiba datang jumpa aku pastu mengadu itu ini pasal masalah dia orang tu? Aku ni baik sangat ke sampai semua pun nak mengharapkan pertolongan aku? Tapi aku tak kesah semua tu.

Mungkin sebab aku ni seorang yang peramah, so sesiapa pun selesa dengan aku. Eh, aku friendly bertempat. Ada orang, sikapnya peramah sampai kat mana-mana pun dia nak tunjuk perangai over dia tu. Ada orang, sikapnya peramah sampai dengan kau-kau sekali dia mengaku family. Ada orang, sikapnya peramah tapi masih menilai dalam diam. Yes, orang jenis macam ni adalah aku. Aku menilai bersebab, bukan suka-suka. Bukan cakap aku ni suka menilai orang sangat. Cuma, aku tak nak kalau suatu hari nanti ada perkara yang buruk jadi tempat aku akibat terlalu friendly dengan semua orang. Bukan senang nak berkawan. Bukan susah juga nak dapatkan kawan yang makan kawan. Bila diri ni terlalu baik dengan orang, orang akan ambil kesempatan dengan kita. Bila kita terlalu ikutkan permintaan orang, orang akan buat something bad dengan kita. So, hati-hati even dengan orang yang dah bertahun-tahun berkawan. Remember, tidak semestinya orang yang kita baru kenal tu tidak boleh dipercayai 100%. Tapi, zaman sekarang ni banyak dah kes buruk jadi sebab kawan ‘lama’.

Jangan terlalu ikut cakap kawan. Kawan ajak pergi sana sini, kau on. Kawan ajak jumpa member lama, kau on even kau sendiri tak kenal member dia tu. Kawan ajak buat benda baru, kau on. Kawan ajak makan ‘makanan baru’, kau on. Kawan ajak do something bad, kau pun on. Lagi-lagi bila kau tu perempuan. At first, memang rasa happy sebab kau anggap itu sebagai satu hiburan. Tapi bila dah jumpa keburukkannya, bila dah jumpa kelemahannya, bila dah jumpa akibatnya, baru nak menyesal. Baru nak menangis melolong minta tolong, baru nak sujud di kaki ibubapa sebab nak minta maaf, baru nak berfikir waras. Sebelum terima semua ajakan kawan tu, kenapa tak fikir? That’s why kau ada otak, untuk kau berfikir mana baik mana buruk, mana betul mana salah. Bukan nak jadikan hiasan dalaman.

Aku cakap camni bukan nak tunjuk matang. Bukan nak berlagak hebat. Bukan nak perasan bagus. Tapi, aku dah hadap benda-benda camni. Senang cakap, berpengalaman. Even pengalaman tu semua tak lah teruk mana, tak lah buruk sangat, tapi aku anggap itu sebagai satu akibat buruk kerana terlalu ikutkan kata-kata kawan. Terlalu sombong dengan nasihat orang lain sampai tak perasan rupanya dalam diam ada kawan yang cuba ambil kesempatan dekat aku. Syukur Alhamdulillah, aku sedar semuanya dan aku sekarang lebih berhati-hati ketika berkawan. Once again aku ucapkan bebanyak terima kasih kepada sesiapa yang dah tegur aku, yang dah beri nasihat kat aku, yang masih bersabar dengan semua dugaan bila berkawan dengan aku and so on yang melibatkan ‘diri aku’. Terima kasih, thank you, kamsahamida kepada mereka yang sudi berkawan dengan insan yang lemah ini.

Thursday, July 6, 2017

Sukantara : Tragedi Palang Patah & Congrats To KASUARI

Draft on 6th July 2017 [ 3:04 PM ]
Updated on 6th July 2017 [ 6:21 PM ]
Published on 6th July 2017 [ 7:30 PM ]
Edited on 14th October 2017 [ 3:46 PM ]
Tunggu kawan send gambar wefie, hehe 😸

Kasuari's team members
6th July 2017, tarikh yang dah ditetapkan untuk program sukan di sekolah aku iaitu SUKANTARA. Actually, sukantara adalah program sukan yang aktivitinya tak lah begitu banyak, it’s only has 4 activities which is acara lari 100m, lompat jauh, lompat tinggi and also lontar peluru.  Alhamdulillah, aku dah selesaikan semua aktiviti dengan baik even markah tak lah tinggi mana.

Okay, now aku nak story dekat kau orang suasana semasa sukantara tersebut. Before we start all the activities, we have done some exercises to warm up yang diketuai oleh beberapa atlet sekolah iaitu Nazlif, Faizal, Wellendy, Jonathan (my classmate) dan yang lain-lain tu aku tak ingat sebab time tu aku duk paling belakang so tak berapa nampak sebab … pendek 👾

Cikgu Ardi : Ok, sebelum kita mulakan sukantara kita pada hari ini, kita buat pemanasan badan dulu supaya nanti tiada yang jatuh pengsan kah apa sebab tiada warm up.

“ Bah cepat lah get ready! Nazlif, Faizal, Daus, Jonathan, Robito ...“

And so on .. [ aku tak ingat dah ]

So after nama athletes yang dah kena mentioned tadi tu pun went to the in front and did some exercises according the music beat. Some of the students follow their steps and some don't. At first, aku ikut je apa yang kena suruh buat but at last aku just berdiri sambil peluk tubuh while my leg bergerak tak berhenti. Lagu dia best weyhh, memang lah kaki pun ikut vibrate, hahaha.

Lepas warm up tu, all students are required to go to the field. Tapi sebelum tu, aku temankan Clarita ke tandas dulu sebab dia nak tukar baju. Benda yang tak dijangka pulak jadi. Jam tangan Clarita hilang! Ke hulur ke hilir budak tu mencari jam dia, kesian jugak lah aku tengok. Manakala aku pulak jadi tukang pegang payung and her bottle time tu. Ish! Ambil kesempatan nak membuli ni, hahahah kidding.

Clarita : Hah?! Mana sudah jam saya? Takkan tinggal di tandas?

Aku : Entah kau. Tadi last letak di mana?

Clarita : Saya nda ingat ohh. Jap, saya try cari di tandas dulu.

So we went to the toilet but unfortunately, we still lost her watch. Lain kali letak lagi sembarangan. Kan dah hilang! Jam G-Shock colour hitam + gold. Barang original bukan copy ori. *It doesn’t matter to me actually. Huhu.

Clarita : Haiyaa! Hilang sudah jam saya.

Aku : *diamkan diri*

So we forget about it for a while pastu kita orang pergi padang, sebab takut kalau lewat nanti cikgu marah pulak. Lagipun, mestilah sokong rumah sukan masing-masing kan and kebetulan rumah sukan kami sama which is Kasuari (#teamhijau). Turun je padang semua aktiviti dah start. Untuk Kasuari, kami pergi bahagian lompat tinggi dulu sebab aktiviti lain untuk rumah sukan lain dulu. Jap, aku bagitahu dulu nama-nama rumah sukan yang ada kat sekolah tu.

Kenyalang - #TeamBiru
Raja Wali - #TeamMerah
Raja Udang - #TeamKuning
Kasuari - #TeamHijau

Dulu time form 1 sampai form 3, aku Raja Wali tapi entah kenapa time form 4 ni kena tukar pegi Kasuari. Mungkin sebab aku tak membantu agaknya time dekat Raja Wali dulu, cehahaha.

After that, we continue with the second category iaitu lelaki A dan perempuan A. Ni untuk students form 3 dan form 4. Which is, my category lah. Ohh, lupa nak bagitahu yang ukuran ketinggian palang untuk setiap kategori tak sama eh. Dan aku merupakan orang-orang yang malang sebab dapat ukuran yang sangat tinggi. Dah kalau tinggi sangat, macam mana nak lompat weh? Kaki aku tak lah panjang sangat macam depa tu. Tapi demi rumah sukan, aku sanggup sahut cabaran tu. Haha.

Ustazah Shanty : Kalau nda dapat lompat, nda pa yang penting ada penyertaan kamu untuk setiap acara. Kalau nda mau lompat, just lari pastu tolak ja palang tu. At least ada juga markah kamu.

Students : Okay cikgu !!

Ustazah Haizun : Okay, sekarang turn Siti Filzahtul. Sedia?

Aku : Ya, sedia.

Ustazah Haizun : Okay, mulakan.

Maka, aku pun berlari-lari anak dan apabila aku sampai di bahagian palang tersebut, aku pun menolaknya tanpa melompat sedikit pun. Hahaha. Actually, bukan aku tak dapat lompat cuma time tu aku malas sangat nak bersukan. Cehh, bukan time tu je. Setahu aku almost every year aku akan buat camtu. Ehh kecuali time form 1 dulu. After they looked my amazing skill of pushing, mereka gelakkan aku. Ish sampai hati!

Lepas dah pass acara tu, we go to the next section for the second game iaitu lontar peluru. Siapa pernah try main lontar peluru? Rasa ringan or berat? Yang mana cakap ringan tu, aku ucapkan “wow amazing baby” sebab berkeupayaan untuk mengangkat benda seberat itu. Yang mana cakap berat tu, yes kita geng. Berat dia bukan main lagi k. Rasa macam nak terbengkok tangan ni. Aku pendekkan cerita, time turn aku, aku kira nak angkat 1 tangan je sebab tengok member lain sebelum ni angkat 1 tangan macam ringan sangat, so aku pun try lah. Bila dah angkat tu. Ya Allah ! Engkau tolong lah berikan kekuatan kepada hamba-Mu ini. Serius aku tak larat. So, nak tak nak aku terpaksa angkat benda tu using both of my hands.

Bila dah humban tu, memang teruk lah resultnya. Dah lah tak larat angkat, ni tak lepas point pulak. Memalukan betul! Malu aku bila budak junior semua tengok time tu. Terasa diri ini terlalu lemah, cewahhhh. Eh! Yang penting aku try k even malas sangat time tu. Daripada yang lain tu sanggup ponteng sebab kemalasan diri itu terlalu dilayan. Ok sorry sebab bersastera. And then, pergi bahagian acara lari 100m pula. Haa, kalau yang ni memang makanan aku. Bab-bab berlari memang aku yang punya. Hahaha takde lah. Time tu kawan suruh jogging je, tapi aku malas nak dengar cakap kawan time tu so aku pun abaikan mereka. Lari punya lari, tergelincir pulak so point aku tak banyak.

Next game is lompat jauh. Untuk lompat jauh ni, aku tak buat betul-betul sebab time tu padang dalam keadaan lembab dan berlumpur. So, aku tak nak jatuh dan tak mau kasut kotor. Heheh. Time game ni aku berlari anak pastu time part lompat tu aku tak buat. Aku terus stop. At least ada penyertaan. Hahahahaha. Time ni point aku 1 mata je, hebat tak aku? Suddenly ..

Ustazah Shanty : Okay minta perhatian dulu. Untuk perempuan A nanti kamu buat semula acara lompat tinggi tu sebab tadi ukuran salah. Terlalu tinggi pula kan? Lepas ni, pegi bahagian lompat tinggi tu k.

Perempuan² A : Okay cikgu.

Cis! Patut pun kenapa aku tak dapat, rupanya ukuran tadi tu salah. That’s why nampak tinggi sangat. Okay takpa, kali ni aku buat betul-betul sebab time sekolah rendah, aku atlet untuk acara ni lah. Bangga jap, hehe sorry. Untuk ukuran sebenar, dia 100cm. Berbeza betul dengan yang sebelum ni. So, tanpa banyak songeh aku pun lompat untuk kali kedua.

Lompat punya lompat, something bad happened. Nak tahu apa?
Palang tu patah 😹😹
Tapi bagi aku, itu just hiburan semata-mata. Apa yang penting is, team aku iaitu Kasuari dah menjuarai semua acara sukan. Tahniah diucapkan kepada semua yang melibatkan diri.

Monday, July 3, 2017

3 July 2017 Tamatnya Giveaway 1,000 Kotak Perlashine Kapsul Mutiara by Safiey Ilias

Pejam celik pejam celik dah 3 Julai 2017 iaitu bersamaan dengan hari Isnin pertama bagi bulan ketujuh dalam tahun 2017 ini. Apa yang istimewanya tarikh tersebut? Haa, kepada sesiapa yang belum lagi mengetahui atau belum lagi ‘register’ untuk join giveaway yang diadakan oleh seorang usahawan muda ni, boleh klik link di bawah.


Don’t waste your time because today is the last date for you to submit your registration. Tak susah pun untuk isi borang online giveaway tersebut. Just masukkan nama manja korang, nombor telefon, email, alamat rumah, poskod dan juga negeri. Oh, dan kepada sesiapa yang dah join tu, ni nak tanya. Dah completekan borang survey belum? Alaa, soalan dia senang je.

Perlashine Kapsul Mutiara

Sebelum tu, yang mana masih lagi tak tahu bagaimana rupa bentuk Perlashine Kapsul Mutiara tu, boleh lihat gambar di atas. Nice packaging ! Harga? Ohh, haritu Cik Safiey ada buat promo raya dimana harga sebotol Perlashine hanya berjumlah RM60 daripada harga asal. Tetapi, memandangkan promo raya dah habis, sekarang ni kalau nak beli Perlashine Kapsul Mutiara tu, mesti beli dengan harga asal lah jawabnya. RM60 menjadi RM140. Itu adalah harga asal okay.

Apa kelebihan Perlashine Kapsul Mutiara ni?

• Merawat masalah jerawat dan jeragat
• Memutihkan kulit
• Memudarkan parut di wajah dan badan
• Menyihatkan tubuh badan
• Merawat bermacam masalah kulit
• Awet muda dan anjal
• Menegangkan wajah

Banyak tak? Nak lagi? Okay, tengok testimoni di bawah ni pulak.
Testimoni pengguna Perlashine Kapsul Mutiara

So, yang dah join tu, jangan lupa share result malam ni. Mana lah tahu kalau ada di antara rakan blogger yang bertuah kan? Dan Insya-Allah ada rezeki aku untuk menang sama. Jap nanti dulu, giveaway ni bukan dapat Perlashine Kapsul Mutiara je tau, ada cabutan bertuah sekali.

Hadiah yang menarik telah disediakan kepada para pemenang yang bertuah. Nak tahu apa? Ada iPhone7, set barangan kosmetik bernilai RM2,000 dan seterusnya beberapa wang tunai yang cukup hebat nilainya. Keputusan akan diumumkan pada jam 11.00 malam ini. Semoga kita menang ya kepada yang dah join tu, amin.

Sunday, July 2, 2017

Giant Foot Prints

Tahun 2016 merupakan tahun yang terpenting bagi aku untuk berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai keputusan yang cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan 3. Kini, aku berusia 16 tahun dimana tidak lama lagi aku bakal berhadapan dengan satu lagi peperiksaan yang cukup besar dan mendebarkan. Guess what? Yes, Sijil Pelajaran Malaysia as known as SPM. Mengapa aku berkata sedemikian? Kerana tingkatan 4 merupakan titik permulaan untuk aku berkenalan dengan beberapa subjek yang agak mencabar walaupun aku tidak lah begitu hebat untuk menyelesaikannya.

Okay, forget about it for a while sebab sekarang aku akan berkongsi satu pengalaman yang tidak akan dilupakan bagi aku dan juga all my ex-classmates, perhaps. Kisah dimana kelas kami telah dimasuki oleh “sesuatu” yang kami sendiri belum dapat jawapan sebenar. That time aku dan rakan-rakan baru sahaja masuk ke dalam kelas selepas selesai majlis perhimpunan pada waktu pagi. It was a rainy day. Hari itu hari Isnin iaitu hari pertama sekolah dalam waktu seminggu exclude Saturday and Sunday lah. Before that, let me tell you how does my class look. Okay, cermin kelas kita orang tu jenis sliding and tinted, so orang yang ada dekat luar kelas tu takkan nampak apa yang ada kat dalam. Faham tak? Tak faham sudah. Our class is on level 2 dan kelas kami berada between kelas 5 Science and 3 Bijak. Sorry, aku sendiri tak tahu macam mana nak explain kedudukan kelas kita orang ni sebab bangunan dia asing-asing. Ehh tak penting pun semua tu ! Kita sambung pulak cerita awal tadi.

Bila kita orang masuk je dalam kelas tu, we saw that our class mirrors opened as if someone entered our class. Kita orang pun pelik lah sebab selalunya kita orang akan close all the mirrors and also doors before we leave that classroom. And now, siapa pulak yang berani buka cermin tu pastu sesuka hati nak masuk kelas orang kan? A bit of dispute happened between all of us at that time. Mana taknya? Semua pun nak menuduh antara satu sama lain. Gaduh sebab apa? Sebab tak tutup cermin tu je. Memandangkan aku merupakan orang-orang yang lewat keluar kelas kelmarin so aku pun dengan lantangnya bersuara bahawa aku sendiri yang tutup cermin tu semua. So, nak tuduh apa lagi? Memang tangan aku sendiri bergerak untuk tutup semua cermin tu, mata aku sendiri tengok cermin tu di’slide’ pastu aku siap lock lagi cermin tu so that no one can enter our class tapi lain pulak yang jadi.

Classmates : Betul kan kau sudah kunci semua cermin ni? 

Me : Ya bah ! Saya kunci semua, and then saya double check lagi before saya keluar kelas.
( I’m Sabahan that’s why I’m using that word )


Suddenly, everyone was silent and the atmosphere changed into horror when we saw something on the floor. Guess what? It’s a footprint. Lagi seram bila tengok tapak kaki tu besarnya dua kali ganda dengan tapak kaki kawan aku yang memang dah cukup besar tu. Ehh tu belum berapa seram lagi tu. Nak lagi seram? Tapak kaki tu just ada 3 sahaja. Dengan langkah yang tersangat-sangat besar. Bayangkan lah, macam mana ‘orang’ yang masuk kelas kita orang tu boleh berjalan dengan langkah yang besar. Tapak kaki tu berlumpur, so we know lah yang ‘orang’ tu berjalan dalam keadaan yang basah. Bukan itu sahaja, barang-barang yang ada dalam kelas tu pun hilang dikebas. Fail aku pun nak dikebasnya. Tertangguh semua kerja khusus Sejarah aku. Penat namatey aku buat, senang-senang je ‘benda’ tu ambil. Even dia tak lah ambil semuanya. Tapi, rugi lah kertas aku kan? This is our conversations after we saw that footprints.

Me: Eh ! Ni tapak kaki siapa pula ni?

Friend 1: Huishh, besar juga !! *shock*

Me: John ! Sini dulu kau !

Jonathan: Bukan saya bah tu. Nahh ! Cuba kau tengok, yang itu lagi besar berbanding kaki saya.

Classmates: Cuba try tapak kaki si Chel.

Me: Chel !!!!!!!!

Chel: Eeeee kaki saya kecil sikit berbanding yang itu. Tapak kaki tu 2x ganda besar.

Me: *silent*

Classmates: So, siapa punya tapak kaki lah ni?

Syafa’s desk also being dirty because that footprint. So, we need to clean it up before our first subject started. Kebetulan subjek pertama adalah Sejarah, so kita orang report hal tu dekat guru pembimbing bagi subjek tu. She was also surprised after listened our story. She silent for a while and then she said 

Mrs.May : Jangan lah kamu fikir hal tu. Nanti cikgu berbincang dengan guru-guru lain. Sekarang ni kamu selesaikan kerja kamu tu sebelum last date hantar.

So, we continue to complete our work and make nothing happened. Until now, we still curious about that and some of us thought that it was orang minyak and some thought that maybe it’s a thief. The thief who wants to be smart by stealing our work and the calculators, hahahah. Curi kalkulator sebab apa? Itu bukan smartphone yang harga ribu-ribu. But, nevermind lah. It doesn’t matter to me. Apa yang penting adalah kerja khusus aku dah siap and already submitted to Mrs.May. And alhamdulillah, I’ve got A for that subject. Thanks to those who have prayed for my success.

Friday, June 30, 2017

Pencarian 3 Month Bloglist by Auni Liyana


30th June, is the last day of 2017's June. So, it means that we are going to meet the next month which is July. What's interesting in July? Hahaha idk. And here, I would like to share with you a segment that I'm participating in. It's Pencarian 3 Month Bloglist by Auni Liyana. Nice title for that segment sis. I remind you that this segment will be end on 15th July 2017.

What's the conditions to join this segment?

Hey babe! It's very easy to join this segment. Let me tell you the steps :

  • Follow blog Auni Liyana
  • Follow Instagram @auniezlkfli
  • Make an entry on your blog entitled: Pencarian 3 Month Bloglist by Auni Liyana
  • Put this segment's banner and backlink it to Auni's blog
  • Comment participation entry link below
Auni said, " All the participants will be updated from time to time "



Segmen: Follow Me! by Naseha Syahira


Hey guys ! So today I'm following this segment which handled by Naseha Syahira
Interested? You are very welcome to click that banner above.

Let's support our blogger friends. All the conditions are very easy so what are you waiting for? Don't waste your time to think twice, just click that banner and let's join babe.

This segment will be end on 28th July 2017.


Friday, June 23, 2017

Sem Break Bloglist by Farhanah Afiqah


           This entry is written about the segment that organized by Farhanah Afiqah titled Sem Break Bloglist by Farhanah Afiqah So, those who are interested to following this segment, you are welcome to click the banner above. 

STORIES

Here, I would like to write about my blog. Actually, this blog isn't complete yet, but I will try my best to fill it with interesting content, Insya-Allah. Okay, first of all I want to tell you why I created this blog. I made it because I love writing especially for horror stories that I will share in this blog (in progress), haha 🙈. Oleh yang demikian, saya nak berkongsi some of my bad experiences yang berkaitan dengan makhluk-makhluk halus ni.

" If you interested untuk share your experience pun boleh, just contact me on my social accounts yang ada dekat atas sana tu "

GA & SEGMENT

               Entry yang ini adalah berkaitan dengan giveaway dan juga segmen yang saya dah join. So, everytime saya join mana-mana GA or segments from rakan blogger semua, saya akan publish dekat entry ni so that you also can join the GAs, segments or even contests. Di samping kita support Malaysian Bloggers, cewahh ayat.

REVIEW

             This entry pula is about the things that I've used no matter it is a cosmetic product, food, make up, book that I've read or something else. So, saya akan review semua tu supaya awak tahu apa barang kosmetik yang saya selalu guna, makanan sihat yang saya amalkan, buku kesukaan saya and so on. Tak nak tengok pun tak apa, up to you nak read entry yang mana satu.

PROMOTION

          Next, saya nak mempromosikan barangan jualan yang cukup hebat dengan harga yang sangat berpatutan kat dalam blog ni. Nak tahu barang apa? Keep visiting my little blog untuk jenguk sedikit sebanyak barangan yang akan saya promosikan tu. Nak share sekarang tak boleh lagi, sebab ni pun entry untuk buat promotion kan? Hehe. Bukan itu sahaja, blog ini jugak akan berkongsi some tips yang bermanfaat dan juga beberapa maklumat yang berguna to everyone. 

QUOTES OF THE DAY

               Hah ! Berkaitan dengan Quotes Of The Day by Siti Filzahtul (me) ni pulak is about some quotes that tell us about life, sadness, positive vibes and so on. Keep checking the page of that entry untuk tahu apa quotes yang akan saya share dalam blog ni, ya? If you suka dengan quotes tersebut, jangan segan silu untuk leave your comment under the post so that I know that you're looking my blog. Tapi, saya tak janji yang saya akan update selalu quotes tersebut sebab saya akan update depends on how my situation.

So, I think that it is better if I stop here sebab takut nanti jadi novel pulak kalau saya teruskan, hehe. Ohh, untuk entry Writer tu pulak adalah berkaitan dengan my introduction about this blog and also myself. Boleh tengok kalau nak kenal saya, even tak berapa details. Hee.

To sis Farhanah Afiqah, saya join eh segmen bloglist ni. Minta maaf juga kalau terlalu panjang and ada grammatical error ke apa. Sekian terima kasih.


Sunday, June 18, 2017

The Cartieca Giveaway #2

            Wahh, saya join GIVEAWAY lagi ! Nak tahu GA apa pulak? Cuba tengok gambar kat bawah ni, The Cartieca Giveaway by Cart Kartika. 10 orang yang bertuah akan memenangi koleksi scarf dari The Cartieca ni. So, nak tunggu apa lagi? Dear  gegirls, jom lah join untuk meriahkan lagi GA ni. Mana lah tahu ada rezeki untuk menang, dapat jugak pakai time raya nanti. Hehehe.

Macam mana nak join GA ni? 

Haa, kalau berminat untuk join giveaway ni, boleh klik pada banner ya. Jangan lupa juga untuk follow semua step yang dah ditetapkan. Don't worry, syarat nak join GA ni memang mudah. Tak payah tunggu lama sangat, join sekarang !!


Wednesday, June 14, 2017

Segmen : Jom Tambah Follower by Shahirah Army

Kalau nak join Segmen : Jom Tambah Follower by Shahirah Army ni, boleh klik pada banner ya. Syarat-syarat nak join segmen ni pun cukup mudah.

Kita join di samping bantu rakan blogger untuk naikkan lagi followers blog masing-masing, boleh tak? Janji kena bantu dengan ikhlas ya cik adik semua.


Blog ID : 9155576809803153884

Monday, June 12, 2017

Segmen 24 Jam Bloglist #26 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai, Ogos dan September 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Jun 2017, iaitu tepat jam 4.30 petang sehingga hari esok, 4.30 petang 13 Jun 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #26 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Friday, June 9, 2017

Giveaway 1,000 Kotak Perlashine Kapsul Mutiara by Safiey Ilias




Jika Safiey Ilias Ingin Berikan 1,000 Kotak PERLASHINE® Kapsul Mutiara
Bernilai RM 140,000 Secara Percuma,  Anda Nak ke Nak?
.
Klik di SINI atau link di bawah
.
Korang nak Perlashine ® Kapsul Mutiara secara PERCUMA??
Jom sertai
.
.
Apa itu PERLASHINE® dan mengapa ia sangat berkesan?
PERLASHINE® adalah suplemen berasaskan serbuk mutiara yang terbukti berkesan dan selamat untuk mencantikkan, mencerahkan kulit, dan menggebukan kulit serta awet muda!

- 1 biji sudah melepak, 2 biji lagi lah melepak-lepak!

- Ia telah dibuktikan selamat dan berkesan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dibawah no pendaftaran MAL16040026TC 
5 Keajaiban Menggunakan PERLASHINE®
- Dengan hanya mengambil satu hari sekali, kulit anda akan menjadi cerah sehingga ia kelihatan bersinar, bersih dan tegang tanpa sebarang parut dan cela.

1. Anti-Penuaan
Merangsang badan untuk menghasilkan kolagen agar kulit lebih tegang, memudarkan bintik-bintik penuaan, jeragat dan pigmentasi.

2. Mencerahkan Kulit
Berfungsi untuk menyokong penghasilan Glutathione dalam badan dan mengawal penghasilan melanin yang berlebihan agar tona kulit menjadi lebih cerah dan putih kemerah-merahan.

3. Merawat Kulit
Mempunyai serbuk mutiara 100% asli dengan gred paling tinggi dan berkualiti untuk merawat kulit berjerawat, sensitif, berparut, dan radang merah.

4. Tinggi Keberkesanan
Serbuk mutiara asli yang selamat dan berkesan ini memastikan setiap inci kulit dan anggota badan dirawat dan dipelihara dengan efektif agar merasai segala keajaibannya.

5. Kesihatan Optimum
Berfungsi mengawal radikal bebas dalam badan dan menyekat zat-zat antioksidan seperti Vitamin C dan E agar tidak teroksida sekaligus meningkatkan sistem imunisasi badan.

Kandungan didalam PERLASHINE®
PERLASHINE® Kapsul Mutiara merupakan suplemen pertama di Malaysia menggunapakai serbuk mutiara asli tanpa bahan pracampuran lain.

- Dihadirkan dengan dos 500mg serbuk Hyriopsis Cumingii (Pearl) bergred tinggi yang terbukti selamat dan berkesan bagi setiap kapsul.

PERLASHINE® berupaya mencerahkan kulit serta bertindak sebagai “booster” pemutihan dan pemulihan kulit.

Sekarang kita sudah tahu khasiat serbuk mutiara ini dalam diet kita setiap hari, dan jika anda tidak mempunyai masa, wang atau kesabaran untuk menjaga kulit muka anda dengan cara konvensional,  PERLASHINE® adalah penyelesaian yang sempurna.


CepatSebelum Terlambat, 1,000 Kotak PERLASHINE®  Untuk Dimenangi

Antara hasil yang anda akan dapat :-
 Merawat masalah jerawat dan jeragat 
 Memutihkan dan kulit
 Memudarkan parut di wajah dan badan
 Menyihatkan tubuh badan
 Merawat segala bermacam masalah kulit
 Awet muda dan anjal
 Menegangkan wajah


Untuk detail boleh ke Page Facebook  Perlashine DSI empire & Safiey Ilias


Tamat : 9 Julai 2017, 11PM  (Ahad)

Thursday, June 8, 2017

Giveaway Raya by Mrs Pip

*klik banner untuk join*

Orait, saya join GA lagi. Kali ni GA dari Mrs Pip pulak.

Ohh, sebelum tu nak bagitahu yang GA ni berlangsung dari 1 Jun sehingga 24 Jun, jadi jom rebut peluang yang masih ada untuk join GA ni di samping kita support rakan blogger kita ya?

Antara syarat-syarat Giveaway Raya by Mrs Pip ni adalah :

1 - Buat tajuk " Giveaway Raya by Mrs Pip " dan letakkan banner di entry tersebut dan juga backlink

2 - Follow blog Mrs Pip

3 - Follow Google+ Mrs Pip

4 - Kongsikan secara ringkas pengalaman terindah yang pernah anda lalui semasa di bulan puasa

Nak tengok antara printed shawl cantik keluaran avilia.my yang Mrs Pip dah sediakan sebagai hadiah utama kepada pemenang yang bertuah? Okay, akak belanja gambar satu.


Amacam gegirls? Lawa tak? Kalau nak, join GA ni tau !

              Okay, untuk syarat ke-4 tu, saya rasa pengalaman terindah di bulan puasa yang pernah saya lalui adalah :

1. Dapat shopping sakan untuk raya dengan family

2. Dapat kasut idaman

3. Dapat makan nasi ayam berempah hasil masakan mak ayah (ni kalau beli kat luar dah buang RM20 untuk setapau padahal beli ayam dengan harga camtu dah dapat bertapau-tapau, hahaha)

4. Dapat berbuka puasa dengan family ( tiap-tiap tahun kot )

5. Dapat pengalaman tertukar selipar dengan orang lain time Terawih -_-

6. Dapat puasa full time tahun 2015

               Haaa, saya rasa itu je kot setakat ni pengalaman terindah yang saya pernah lalui sepanjang bukan Ramadhan, hehe jangan marah dengan jawapan akak ( benda betul kot ). Cukup ringkas dah rasanya, so that's all. Semoga ada rezeki untuk akak dapat salah satu shawl tu ( colour putih pun tak apa janji dapat untuk raya ni ). Hehehe.

Wednesday, June 7, 2017

Giveaway Kad Raya by Zafirah Nazri


Wahh, ada GA lagi lah. Kali ni saya join GA dari Zafirah Nazri

GA ni akan berlangsung dari 26 Mei sehingga 19 Jun 2017. Jadi nak tunggu apa lagi? Ni sementara masih ada masa lagi nak join ni, awak join lah. 

Hadiah? 

Haaaaa Zafirah akan berikan kad raya kepada 10 orang yang bertuah. Mana lah tahu kalau awak atau saya pun antara 10 orang yang bertuah tu kan? Tak payah fikir 2-3 kali, awak join ja GA ni dengan syarat kena lah follow blog Zafirah Nazri dahulu.

Insya-Allah, ada rezeki kita menang sama-sama ya? Hehe.

Tuesday, June 6, 2017

Giveaway Raya by Mya & Friends


Selamat berpuasa untuk semua pembaca myafarisha.com yang disayangi. Sempena Ramadhan dan Syawal yang sememangnya dekat sangat dengan kita, Mya dengan usahasama rakan-rakan AFB (Auto Feed Blog) membawakan Giveaway Raya, istimewa untuk anda. Ada RM 240 untuk awak cuba rebut dan menang. Syarat-syarat pun mudah sahaja. Tak mahu borak panjang, kita usha syarat dan hadiah kat bawah.


Syarat :
↳ Malaysian Blogger
↳ Follow Instagram kami : Mya | Ain | PapaG | KG | Unni | Farah
↳ Follow / Add FB kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow Google+ kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow blog kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Buat satu entri bertajuk : GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS
↳ Copy and Paste code di bawah dalam HTML and Publish.

↳ Tinggalkan link entri dalam bahagian komen
↳ Selesai

*kalau awak tak ada Instagram atau FB, please do mention it dalam entry*

Hadiah :
💕 Tempat pertama : RM 100
💕 Tempat kedua : RM 70
💕 Tempat ketiga : RM 50
💕 Tempat keempat : RM 20

So, jangan tunggu lama-lama. Bermula hari ni sehingga 19 Jun nanti.
Cepat-cepat join sekarang. Klik je banner kat atas tu. Muah cikitt.

Must Love Giveaway by Aurora Scents 2017


Haa jom pakat meriahkan lagi GA ni dari Celoteh Mamy Si Kekris
Dengar kata hadiahnya cukup menarik.

5X Travel Pack Auroma Scents (5 in 1 balm worth RM55)
Pergh, siapa tak nak kan? Insya-Allah kalau ada rezeki kita menang sama-sama ya, amin.
So, awak nak tunggu apa lagi? Mai lah join GA ni.

Macam mana nak join?
Haaa, just klik pada banner untuk tengok steps nak join GA ni, dengan syarat awak kena ikut 100% tau, hehe.

Monday, June 5, 2017

Manfaat Menderma


Pada era globalisasi kini, semakin ramai masyarakat yang mengamalkan nilai murni seperti menderma  atau atas dasar kata lain iaitu bersedekah dan juga boleh dinyatakan sebagai memberi sumbangan dalam bentuk wang. Derma dapat ditakrifkan sebagai sumbangan ikhlas daripada seseorang untuk diberikan kepada seseorang yang lain. Terdapat beberapa manfaat yang dapat diperolehi apabila menderma.

Antaranya ialah, meringankan beban kehidupan. Ia bermaksud sekiranya terdapat beberapa individu mengamalkan sikap terpuji ini, sudah pasti mereka dapat mengurangkan bebanan seseorang yang hidup dalam kesempitan akibat ketiadaan wang untuk menyara hidup sendiri. Lebih-lebih lagi, terdapat juga golongan dewasa yang berstatus berkahwin kini hidup dalam kesusahan kerana kos sara hidup yang semakin meningkat. Dengan cara menderma, masyarakat seperti ini dapat diringankan beban mereka di samping melakukan amal jariah.

Selain itu, masyarakat juga dapat mengelakkan masalah sosial. Hal ini demikian kerana, semakin ramai masyarakat khususnya golongan remaja dan dewasa yang suka menghabiskan wang dengan perkara  mahu pun benda yang sia-sia dan merugikan seperti membeli rokok, berjudi atau kata lain menghabiskan wang dengan aktiviti haram dan sebagainya. Maka, dengan cara menderma, golongan sedemikian dapat membendung masalah sosial yang giat berlaku pada zaman kini seperti kemiskinan individu atau kelompok serta masalah sosial tentang pengangguran.

Seterusnya, dapat mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat. Hal ini dapat ditegaskan kepada setiap masyarakat tidak kira golongan sama ada tua mahu pun muda untuk menderma. Sekiranya setiap masyarakat mengamalkan nilai murni ini, sudah pasti dapat mewujudkan keharmonian dan kedamaian dalam kalangan masyarakat. Tambahan pula, negara kita yang terdiri daripada etnik yang berbeza pasti akan menjadikan masyarakat hidup dalam keadaan bersatu padu serta bertoleransi sesama kaum. Persis kata mutiara, “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Aktiviti menderma ini tidak perlu dinilai dari pelbagai sudut seperti perbezaan umur, fizikal mahu pun mental serta bangsa dan budaya.

Di samping itu, menderma juga dapat melahirkan masyarakat yang prihatin. Menderma merupakan sikap tolong-menolong secara ikhlas kepada individu lain, maka jelaslah bahawa ianya dapat membantu melahirkan masyarakat yang bersikap prihatin di samping mewujudkan perasaan sayang akan masyarakat serta mampu menerapkan beberapa nilai murni dalam diri. Bukan itu sahaja, kata-kata yang sering diwar-warkan oleh setiap masyarakat iaitu “tangan yang memberi lebih mulia berbanding tangan yang menerima” jelas membuktikan bahawa seseorang yang menghulurkan bantuan atau pun menderma adalah lebih baik berbanding yang menerima bantuan.

           Sebagai penghias bicara akhir, jelaslah bahawa sikap terpuji ini perlu diterapkan dalam diri setiap individu. Sesungguhnya, seseorang yang melakukan kebaikan pasti akan diingati sampai bila-bila. Bak kata cendikiawan, "hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga".

Sunday, June 4, 2017

7 Adab Ketika Berpuasa



1) Menjauhkan Diri Daripada Perkara Keji

Selain daripada menahan diri daripada lapar dan dahaga, anda juga perlu menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara keji seperti zina, mengumpat dan sebagainya.

2) Mengelakkan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

Adalah sebaiknya jika anda mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa kecuali jika ia tidak dapat dielakkan khususnya golongan wanita seperti keluar darah haid.

3) Menahan Nafsu

Waktu di bulan puasa ini lah anda harus belajar untuk mengawal nafsu anda. Nafsu yang dimaksudkan bukan lah nafsu seks semata-mata, malah juga nafsu makan, nafsu berbelanja dan sebagainya.

4) Bersederhana Ketika Berbuka

Jika anda dapat menahan nafsu makan anda, maka anda dapat mengelak dari membazir ketika berbuka. Amalkan sikap bersederhana ketika berbuka. Jangan beli lebih daripada apa yang anda mampu makan untuk mengelakkan pembaziran. Sesungguhnya, membazir itu adalah amalan syaitan.

5) Kurangkan Tidur

Menjalani ibadah berpuasa ini memerlukan tenaga yang banyak. Namun itu, bukan alasan untuk anda tidur sepanjang hari kerana ia boleh memakruhkan ibadah puasa anda. Kurangkan masa tidur anda dengan membuat ibadah pada malam hari untuk menambah amalan pahala anda di bulan mulia ini.

6) Beribadat Dengan Bersungguh-sungguh

Bulan Ramadhan bukan bulan untuk berpuasa sahaja, malah ia adalah bulan untuk kita melakukan ibadah yang banyak agar dapat menambah amalan pahala. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling dinantikan kerana keistimewaan malam Lailatul Qadar. Maka, banyakkan mengamalkan ibadah dengan bersungguh-sungguh ketika bulan puasa ini.

7) Sentiasa Berfikir Tentang Hikmah Puasa

Berpuasa ini banyak hikmahnya dan sudah menjadi tanggungjawab anda sebagai umat Muslim yang berpuasa untuk sentiasa berfikir tentang hikmah puasa agar anda lebih bersemangat untuk menjalankan ibadah puasa.
All Rights Reserved 2017 ( SITI FILZAHTUL )