Thursday, July 6, 2017

Sukantara : Tragedi Palang Patah & Congrats To KASUARI

Draft on 6th July 2017 [ 3:04 PM ]
Updated on 6th July 2017 [ 6:21 PM ]
Published on 6th July 2017 [ 7:30 PM ]
Tunggu kawan send gambar wefie, hehe 😸

Kasuari's team members
6th July 2017, tarikh yang dah ditetapkan untuk program sukan di sekolah aku iaitu SUKANTARA. Actually, sukantara adalah program sukan yang aktivtinya tak lah begitu banyak, it’s only has 4 activities which is acara lari 100m, lompat jauh, lompat tinggi and also lontar peluru.  Alhamdulillah, aku dah selesaikan semua aktiviti dengan baik even markah tak lah tinggi mana.

Okay, now aku nak story dekat kau orang suasana semasa sukantara tersebut. Before we start all the activities, we have done some exercises to warm up yang diketuai oleh beberapa atlet sekolah iaitu Nazlif, Faizal, Wellendy, Jonathan (my classmate) dan yang lain-lain tu aku tak ingat sebab time tu aku duk paling belakang so tak berapa nampak sebab … pendek 👾

Cikgu Ardi : Ok, sebelum kita mulakan sukantara kita pada hari ini, kita buat pemanasan badan dulu supaya nanti tiada yang jatuh pengsan kah apa sebab tiada warm up.

“ Bah cepat lah get ready! Nazlif, Faizal, Daus, Jonathan, Robito ...“

And so on .. [ aku tak ingat dahh ]

So after nama athletes yang dah kena mentioned nama dia orang tadi tu pun went to the in front and did some exercises according the music beat. Some of the students follow their steps and some don't. at first, aku ikut je apa yang kena suruh buat but at last aku just berdiri sambil peluk tubuh while my leg bergerak tak berhenti. Lagu best weyhh memang lah kaki pun ikut vibrate, hahaha.

Lepas warm up tu, all students are required to go to the field. Tapi sebelum tu, aku temankan Clarita ke tandas dulu sebab dia nak tukar baju. Benda yang tak dijangka pulak jadi. Jam tangan Clarita hilang! Ke hulur ke hilir budak tu mencari jam dia, kesian jugak lah aku tengok. Manakala aku pulak jadi tukang pegang payung and her bottle time tu. Ish! Ambil kesempatan nak membuli ni, hahahah kidding.

Clarita : Hah?! Mana sudah jam saya? Takkan tinggal di tandas?

Aku : Entah kau. Tadi last letak di mana?

Clarita : Saya nda ingat ohh. Jap, saya try cari di tandas dulu.

So we went to the toilet but unfortunately, we still lost her watch. Lain kali letak lagi sembarangan. Kan dah hilang! Jam G-Shock colour hitam + gold. Barang original bukan copy ori. *It doesn’t matter to me actually. Huhu.

Clarita : Haiyaa! Hilang sudah jam saya.

Aku : *diamkan diri*

So we forget about it for a while pastu kita orang pergi padang, sebab takut kalau lewat nanti cikgu marah pulak. Lagipun, mestilah sokong rumah sukan masing-masing kan and kebetulan rumah sukan kami sama which is Kasuara (#teamhijau). Turun je padang semua aktiviti dah start. Untuk Kasuari, kami pergi bahagian lompat tinggi dulu sebab aktiviti lain untuk rumah sukan lain dulu. Jap, aku bagitahu dulu nama-nama rumah sukan yang ada kat sekolah tu.

Kenyalang - #teambiru
Rajawali - #teammerah
Raja Udang - #teamkuning

Kasuari - #teamhijau

Dulu time form 1 sampai form 3, aku Rajawali tapi entah kenapa time form 4 ni kena tukar pegi Kasuari. Mungkin sebab aku tak membantu agaknya time dekat Rajawali dulu, cehahaha.

untuk students form 5. After that, we continue with the second category iaitu lelaki A dan perempuan A. ni untuk students form 3 dan form 4. Which is, my category lah. Ohh, lupa nak bagitahu yang ukuran ketinggian palang untuk setiap kategori tak sama eh. Dan aku merupakan orang-orang yang malang sebab dapat ukuran yang sangat tinggi. Dah kalau tinggi sangat, macam mana nak lompat weh? Kaki aku tak lah panjang sangat macam depa tu. Tapi demi rumah sukan, aku sanggup sahut cabaran tu. Haha.

Ustazah Shanty : Kalau nda dapat lompat, nda pa yang penting ada penyertaan kamu untuk setiap acara. Kalau nda mau lompat, just lari pastu tolak ja palang tu. At least ada juga markah kamu.

Students : Okay cikgu !!

Ustazah Haizun : Okay, sekarang turn Siti Filzahtul. Sedia?

Aku : Ya, sedia.

Ustazah Haizun : Okay, mulakan.

Maka, aku pun berlari-lari anak dan apabila aku sampai di bahagian palang tersebut, aku pun menolaknya tanpa melompat sedikit pun. Hahaha. Actually, bukan aku tak dapat lompat cuma time tu aku malas sangat nak bersukan. Cehh, bukan time tu je. Setahu aku almost every year aku akan buat camtu. Ehh kecuali time form 1 dulu. After they looked my amazing skill of pushing, mereka gelakkan aku. Ish sampai hati!

Lepas dah pass acara tu, we go to the next section for the second game iaitu lontar peluru. Siapa pernah try main lontar peluru? Rasa ringan or berat? Yang mana cakap ringan tu, aku ucapkan “wow amazing baby” sebab berkeupayaan untuk mengangkat benda seberat itu. Yang mana cakap berat tu, yes kita geng. Berat dia bukan main lagi k. Rasa macam nak terbengkok tangan ni. Aku pendekkan cerita, time turn aku, aku kira nak angkat 1 tangan je sebab tengok member lain sebelum angkat 1 tangan macam ringan sangat, so aku pun try lah. Bila dah angkat tu. Ya Allah ! Engkau tolong lah berikan kekuatan kepada hamba-Mu ini. Serius aku tak larat. So, nak tak nak aku terpaksa angkat benda tu using both of my hands.

Bila dah humban tu, memang teruk lah resultnya. Dah lah tak larat angkat, ni tak lepas point pulak. Memalukan betul! Malu aku bila budak junior semua tengok time tu. Terasa diri ini terlalu lemah, cewahhhh. Eh! Yang penting aku try k even malas sangat time tu. Daripada yang lain tu sanggup ponteng sebab kemalasan diri itu terlalu dilayan. Ok sorry sebab bersastera. And then, pergi bahagian acara lari 100m pula. Haa, kalau yang ni memang makanan aku. Bab-bab berlari memang aku yang punya. Hahaha takde lah. Time tu kawan suruh jogging je, tapi aku malas nak dengar cakap kawan time tu so aku pun abaikan mereka. Lari punya lari, tergelincir pulak so point aku tak banyak.

Next game is lompat jauh. Untuk lompat jauh ni, aku tak buat betul-betul sebab time tu padang dalam keadaan lembab dan berlumpur. So aku tak nak jatuh dan tak mau kasut kotor. Heheh. Time game ni aku berlari anak pastu time part lompat tu aku tak buat. Aku terus stop. At least ada penyertaan. Hahahahaha. Time ni point aku 1 mata je, hebat tak aku? Suddenly ..

Ustazah Shanty : Okay minta perhatian dulu. Untuk perempuan A nanti kamu buat semula acara lompat tinggi tu sebab tadi ukuran salah. Terlalu tinggi pula kan? Lepas ni, pegi bahagian lompat tinggi tu k.

Perempuan² A : Okay cikgu.

Cis! Patut pun kenapa aku tak dapat, rupanya ukuran tadi tu salah. That’s why nampak tinggi sangat. Okay takpa, kali ni aku buat betul-betul sebab time sekolah rendah, aku atlet untuk acara ni lah. Bangga jap, hehe sorry. Untuk ukuran sebenar, dia 100cm. Berbeza betul dengan yang sebelum ni. So, tanpa banyak songeh aku pun lompat untuk kali kedua.

Lompat punya lompat, something bad happened. Nak tahu apa?
Palang tu patah 😹😹
Tapi bagi aku, itu just hiburan semata-mata. Apa yang penting is, team aku iaitu Kasuari dah menjuarai semua acara sukan. Tahniah diucapkan kepada semua yang melibatkan diri.

All Rights Reserved 2017 ( SITI FILZAHTUL )